Tuesday 1 January 2013

Qarin dan Malaikat..

Assalamualaikum Readers..

Dalam kita xsedar..kita ada peminat yang sentiasa bersama kita di setiap waktu..itulah peneman kita di alam ghaib.. petikan daripada artikel Dr HM Tuah dalam majalah wanita edisi Oktober 2012..

Sebenarnya...hidup kita ini memang sentiasa ditemani dua makhluk Allah ini..Qarin adalah jin/syaitan yang diperintahkan untuk menggoda kita melakukan kejahatan dalam kehidupan kita..Ketika sedang putus harapan, kita menyalahkan Allah di atas takdir itu..ketika bergembira kita melupakan Allah..itulah tugas Qarin...

Malaikat pula adalah makhluk yang sentiasa membisikkan kata2 kebaikan untuk kita..Menggalakkan kita mengabdikan diri pada Allah..melakukan perkara2 sunat serta yang mendatangkan pahala..

Ketika hati tengah berperang samada melakukan kebaikan atau kejahatan, hanya iman yang menjadi penentu..jika hati gagal menjalankan tugas, maka menanglah Qarin dalam menghasut kita..maka bergembiralah dia buat seketika..Namun, ketika hati memilih untuk melakukan kebaikan, resahlah Qarin, namun dia tidak pernah putus asa untuk menjadi penghasut kita melakukan kemungkaran..kerana itulah ketika beribadat sekali pun, masih wujud riak di dalam hati..maka segeralah beristigfar duhai hati...

Pernah x di kala kita kesunyian, kerana tiada kekasih dan teman untuk mengadu..tiba2 ada bisikan pujukan dari hati yang menyatakan.. jangan risau wahai diri.Allah sentiasa bersamamu..menjagamu ketika kamu lena dan sedar.. itu adalah sebahagian kata2 pendorong daripada malaikat yang diutuskan untuk menjaga kita..Ketika kita hampir berputus asa, dia datang memujuk hati agar percaya dengan ketentuan Allah pada kita..sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk diri kita...Betapa Allah sayang pada kita..Diutuskan malaikat untuk menjaga kita 24 jam sehari, 365 hari setahun, setiap saat dan setiap detik...

Nabi Muhamad (SAW) juga mempunyai Qarin di dalam hidupnya, tetapi dengan izin Allah, Nabi berjaya mengislamkan Qarin, sehinggakan hanya bisikan baik dari Qarin buat Nabi Muhammad (SAW)...Subhanaallah..Hebatnya Allah..

Tetapi tidak bagi kita..teguhkanlah iman..semoga bisikan Malaikat lebih kuat menguasai diri..;-)



2 comments:

  1. Makasih Bua Atas artkelnya sangat bermanfaat slam kenal juga nih pendatang baru blogger jangan lupa mampir buuu hee...
    http://desain-lampu.blogspot.com/

    ReplyDelete